Tuesday, June 30, 2015

Rekod yang perlu dikemaskini (Bahagian 1)

Salah satu aspek yang sangat penting dalam pembangunan bolasepak negara adalah pengurusan maklumat. Pengetahuan sejarah dan simpanan rekod yang kemas serta tersusun dilihat sering diabaikan oleh pihak yang bertanggungjawab. Mujurlah masih terdapat usaha yang dilakukan oleh segelintir pihak di kalangan wartawan dan penulis bebas untuk memelihara warisan dan identiti negara. Boleh dikatakan hampir semua usaha tersebut dilakukan atas inisiatif sendiri manakala pihak yang sepatutnya bertanggungjawab seolah-olah hanya berpeluk tubuh dan lebih suka menggoyangkan kaki. Malah, terdapat pihak yang tertentu dengan tidak bertanggungjawabnya seperti cuma mahu menceduk sahaja maklumat yang ada tanpa memberi sebarang kredit apatah lagi pengiktirafan terhadap usaha yang dilakukan. Mungkinkah harapan untuk melihat pihak yang bertanggungjawab menjadi lebih bertanggungjawab hanya tinggal sebagai harapan sahaja? Oleh itu, sebelum semuanya menjadi lebih rumit atau sulit pada masa hadapan, duniabolasepak.blogspot.com juga cuba mengambil inisiatif sendiri. Sekalipun ikhtiar seperti ini dipandang remeh, mudah-mudahan pihak-pihak yang berkenaan boleh mendapat inspirasi bagaimana untuk mengurus maklumat dengan betul.

Stadium Merdeka: Bolasepak dan Malaysia

Menurut International Federation of Football History & Statistics (IFFHS), Liga Malaysia (Liga-M a.k.a. M-League) pada tahun 2013 menduduki tempat ke-88 yakni turun 14 anak tangga dari tempat ke-74 pada tahun sebelumnya. Biar pun negara kita tersenarai dalam 125 liga nasional yang terkuat di dunia, realitinya Malaysia masih jauh terkebelakang berbanding negara-negara serantau seperti Korea Selatan (ke-23), Arab Saudi (ke-24), Jepun (ke-30), China (ke-34), Iran (ke-37), Kuwait (ke-56), Thailand (ke-63), Qatar (ke-66), Emiriah Arab Bersatu (ke-71), Iraq (ke-74), Oman (ke-75), dan Jordan (ke-85). Kalau hendak dibandingkan dengan 10 negara teratas iaitu Sepanyol, England, Jerman, Itali, Brazil, Argentina, Perancis, Rusia, Colombia, dan Romania, sudah tentu lebih jauh lagi. Walau bagaimanapun, dengan adanya maklumat seperti ini, pihak yang berwajib boleh menilai sendiri kemampuan sebenar sukan bolasepak negara dan mula merancang mengikut potensi yang boleh dikembangkan. Berdasarkan maklumat yang tepat, kemajuan yang ingin dicapai menjadi lebih realistik dan tidak lagi bersumberkan angan-angan Mat Jenin.


Sekiranya Wikipedia menjadi rujukan yang paling mudah dan cepat, Rec.Sport.Soccer Statistics Foundation (RSSSF) pula menyimpan rekod yang agak komprehensif dan menyeluruh. Berikut disenaraikan juara liga utama negara semenjak ditubuhkan pada tahun 1982 hingga setakat ini:

Liga Malaysia
1982 Pulau Pinang
1983 Melaka
1984 Selangor
1985 Singapura
1986 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)
1987 Pahang
1988 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)
Liga Bahagian 1
1989 Selangor
1990 Selangor
1991 Johor
1992 Pahang
1993 Kedah
Liga Perdana
1994 Singapura
1995 Pahang
1996 Sabah
1997 Sarawak
Liga Perdana 1
1998 Pulau Pinang
1999 Pahang
2000 Selangor
2001 Pulau Pinang
2002 Perak
2003 Perak
Liga Super
2004 Pahang
2005 Perlis
2006 Negeri Sembilan
2007 Kedah
2008 Kedah
2009 Selangor
2010 Selangor
2011 Kelantan
2012 Kelantan
2013 Lions XII (Singapura)
2014 Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC)
2015 JDT FC
2016 JDT FC
2017 JDT FC


Manakala senarai johan liga tahap kedua negara pula adalah seperti berikut:

Liga Bahagian 2
1989 Perlis
1990 Terengganu 
1991 Negeri Sembilan 
1992 Kedah 
1993 Selangor 
1994   tiada [dua liga yang tertinggi digabungkan]
1995   tiada
1996   tiada
1997   tiada
Liga Perdana 2
1998 Terengganu 
1999 Johor 
2000 Kelantan 
2001 Johor FC (JDT FC)
2002 Kedah
2003 Selangor Public Bank FC
Liga Perdana / Premier
2004 Selangor MPPJ FC
2005 Selangor
2006 Kedah
2007 Polis Diraja Malaysia (PDRM)
2008 Kuala Muda Naza FC
2009 Harimau Muda
2010 Felda United FC
2011 Selangor PKNS FC
2012 Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
2013 Sarawak
2014 PDRM
2015 Kedah
2016 Melaka United SA (Melaka)


Dalam sejarah bolasepak Malaysia, pembentukan liga pada asalnya hanyalah sebagai pusingan kelayakan bagi pasukan-pasukan yang bertanding untuk layak ke Piala Malaysia. Pada tahun 1989, barulah pertandingan liga diasaskan sebagai Liga Semi-Pro. Pada tahun 1994, Liga Profesional diperkenalkan sebelum bertukar menjadi Liga Super pada tahun 2004. Piala Malaysia dianggap lebih berprestij kerana mempunyai kisah yang lebih panjang apabila dimulakan dengan Malaya Cup pada tahun 1921, kemudian HMS (His Majesty's Ship) Malaya Cup pada tahun 1933 sebelum dinamakan Piala Malaya pada tahun 1948 sehinggalah dikenali dengan nama sekarang, Piala Malaysia sejak tahun 1967. Senarai lengkap pemenang-pemenang perlawanan akhir Piala Malaysia adalah seperti berikut:

Malaya Cup
1921 Singapura                  2-1 Selangor
1922 Selangor                   3-2 Singapura
1923 Singapura                  2-1 Perak
1924 Singapura                  1-0 Selangor
1925 Singapura                  2-1 Selangor
1926 Perak                      1-0 Singapura             [aet]
1927 Selangor                   8-1 Singapura
1928 Selangor                   2-2 Singapura             [aet] [berkongsi trofi]
1929 Singapura                  2-2 Selangor              [aet] [berkongsi trofi]
1930 Singapura              abd 3-0 Selangor
1931 Perak                      3-1 Singapura
1932 Singapura                  5-3 Selangor
HMS Malaya Cup
1933 Singapura                  8-2 Selangor
1934 Singapura                  2-1 Pulau Pinang
1935 Selangor                   2-0 Singapura
1936 Selangor                   1-0 Singapura
1937 Singapura                  2-1 Selangor
1938 Selangor                   1-0 Singapura
1939 Singapura                  3-1 Selangor
1940 Singapura                  2-0 Kedah
1941 Singapura                  3-1 Pulau Pinang
1942-47 tidak dimainkan [Perang Dunia II]
Piala Malaya
1948 Negeri Sembilan        2-2 2-1 Selangor
1949 Selangor                   3-2 Tentera Darat/Tentera Laut (ATM)
1950 Singapura                  2-0 Pulau Pinang
1951 Singapura                  6-0 Perak
1952 Singapura                  3-2 Pulau Pinang
1953 Pulau Pinang               3-2 Singapura
1954 Pulau Pinang               3-0 Singapura
1955 Singapura                  3-1 Kelantan
1956 Selangor                   2-1 Singapura
1957 Perak                      3-2 Selangor
1958 Pulau Pinang           3-3 3-1 Singapura
1959 Selangor                   4-0 Perak
1960 Singapura                  2-0 Perak
1961 Selangor                   4-2 Perak
1962 Selangor                   1-0 Pulau Pinang
1963 Selangor                   6-2 Pulau Pinang
1964 Singapura                  3-2 Perak                 [aet]
1965 Singapura                  3-1 Selangor
1966 Selangor                   1-0 Angkatan Tentera (ATM)
Piala Malaysia
1967 Perak                      2-1 Singapura
1968 Selangor                   8-1 Pulau Pinang
1969 Selangor                   1-0 Pulau Pinang
1970 Perak                      2-0 Kelantan
1971 Selangor                   3-1 Perak
1972 Selangor                   3-0 Perak
1973 Selangor                   2-1 Terengganu
1974 Pulau Pinang               2-1 Perak
1975 Selangor                   1-0 Singapura
1976 Selangor                   3-0 Singapura
1977 Singapura                  3-2 Pulau Pinang          [aet]
1978 Selangor                   4-2 Singapura
1979 Selangor                   2-0 Singapura
1980 Singapura                  2-1 Selangor
1981 Selangor                   4-0 Singapura
1982 Selangor                   1-0 Terengganu
1983 Pahang                     3-2 Selangor              [aet]
1984 Selangor                   3-1 Pahang
1985 Johor                      2-0 Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur)
1986 Selangor                   6-1 Johor
1987 Kuala Lumpur               1-0 Kedah
1988 Kuala Lumpur               3-0 Kedah
1989 Kuala Lumpur               2-1 Kedah
1990 Kedah                      3-1 Singapura
1991 Johor                      3-1 Selangor
1992 Pahang                     1-0 Kedah
1993 Kedah                      2-0 Singapura
1994 Singapura                  4-0 Pahang
1995 Selangor                   1-0 Pahang                [asdet]
1996 Selangor                   1-1 Sabah                 [asdet, 5-3 pen]
1997 Selangor                   1-0 Pahang                [asdet]
1998 Perak                      1-1 Terengganu            [asdet, 5-3 pen]
1999 Brunei                     2-1 Sarawak
2000 Perak                      2-0 Negeri Sembilan
2001 Terengganu                 2-1 Perak
2002 Selangor                   1-0 Sabah                 [asdet]
2003 Selangor MPPJ FC           3-0 Sabah
2004 Perlis                     1-0 Kedah
2005 Selangor                   3-0 Perlis
2006 Perlis                     2-1 Negeri Sembilan
2007 Kedah                      3-0 Perak
2008 Kedah                      3-2 Selangor
2009 Negeri Sembilan            3-1 Kelantan
2010 Kelantan                   2-1 Negeri Sembilan
2011 Negeri Sembilan            2-1 Terengganu
2012 Kelantan                   3-2 ATM                   [aet]
2013 Pahang                     1-0 Kelantan
2014 Pahang                     2-2 JDT FC                [aet, 5-3 pen]
2015 Selangor                   2-0 Kedah
2016 Kedah                      1-1 Selangor              [aet, 6-5 pen]


Pemenang-pemenang Piala FA pula adalah:

1990 Perak                      4-2 Selangor
1991 Selangor                   1-0 Perak
1992 Sarawak                    2-1 Kuala Lumpur
1993 Kuala Lumpur               2-1 Sabah
1994 Kuala Lumpur               3-1 Sabah
1995 Sabah                      3-1 Pahang
1996 Kedah                      1-0 Sarawak
1997 Selangor                   1-0 Pulau Pinang
1998 Johor                      1-0 Sabah
1999 Kuala Lumpur               0-0 Terengganu            [aet, 5-3 pen]
2000 Terengganu                 1-1 Pulau Pinang          [aet, 4-3 pen]
2001 Selangor                   1-0 Sarawak               [aet]
2002 Pulau Pinang               1-0 Perak
2003 Negeri Sembilan            2-1 Perlis                [asdet]
2004 Perak                      3-0 Terengganu            [aet]
2005 Selangor                   4-2 Perak
2006 Pahang                     0-0 Perlis                [aet, 4-2 pen]
2007 Kedah                      0-0 Perlis                [aet, 4-2 pen]
2008 Kedah                      3-2 Selangor
2009 Selangor                   1-1 Kelantan              [aet, 4-1 pen]
2010 Negeri Sembilan            1-1 Kedah                 [aet, 5-4 pen]
2011 Terengganu                 2-1 Kelantan              [aet]
2012 Kelantan                   1-0 Sime Darby FC
2013 Kelantan                   1-0 JDT FC
2014 Pahang                     2-1 Felda United FC
2015 Lions XII (Singapura)      3-1 Kelantan
2016 JDT FC                     2-1 PKNS FC
2017 Kedah                      3-2 Pahang


Di samping itu, disenaraikan juga pemenang Piala Sumbangsih atau yang kini dipanggil sebagai Piala Sultan Ahmad Shah:

1985 Selangor                   2-1 Pahang
1986 Johor                      1-1 Singapura             [5-4 pen]
1987 Selangor                   1-0 Kuala Lumpur
1988 Kuala Lumpur               2-1 Pahang
1989 Singapura                  1-0 Kuala Lumpur
1990 Selangor                   0-0 Kuala Lumpur          [3-0 pen]
1991 Kedah                      2-1 Selangor
1992 Pahang                     2-0 Johor
1993 Pahang                     5-0 Sarawak
1994 Kedah                      1-0 Kuala Lumpur
1995 Kuala Lumpur               3-2 Pahang
1996 Selangor                   2-0 Sabah
1997 Selangor                   2-0 Kedah 
1998 Sarawak                    3-1 Selangor
1999 Perak                      2-0 Johor
2000 Kuala Lumpur               2-1 Brunei                [asdet]
2001 Terengganu                 4-0 Perak
2002 Selangor                   2-1 Terengganu
2003 Pulau Pinang               1-0 Selangor
2004 Selangor MPPJ FC           4-2 Negeri Sembilan 
2005 Perak                      2-2 Perlis                [aet, 4-2 pen]
2006 Perak                      4-1 Selangor
2007 Perlis                     2-1 Pahang
2008 Perlis                     0-0 Kedah                 [5-4 pen]
2009 Selangor                   4-1 Kedah
2010 Selangor                   2-1 Negeri Sembilan
2011 Kelantan                   2-0 Selangor
2012 Negeri Sembilan            2-1 Kelantan
2013 ATM                        1-1 Kelantan              [4-3 pen]
2014 Pahang                     1-0 Lions XII (Singapura)
2015 JDT FC                     2-0 Pahang
2016 JDT FC                     1-1 Selangor              [7-6 pen]
2017 Kedah                      1-1 JDT FC                [5-4 pen]


Merekod data bukan sahaja diperlukan untuk mengumpul maklumat semata-mata tetapi juga amat berguna dalam meningkatkan pengetahuan agar, setiap penambahbaikan boleh dikenal pasti. Seterusnya, pengetahuan tersebut bolehlah digunakan untuk melaksanakan agenda pembangunan bolasepak negara melalui tindak-tanduk yang bijaksana.

Ikuti sambungannya dalam Bahagian 2.


Rujukan:

THE STRONGEST NATIONAL LEAGUE OF THE WORLD

Malaysia - List of Champions

AFC CLUB COMPETITIONS RANKING


No comments: