Ulang Tahun Ke-15 Dunia Bola Sepak

Jubli Baiduri (2008 - 2023)

Monday, July 11, 2016

Salam Lebaran, Aidilfitri 1437 Hijriah.

6 Syawal 1437H (11 Julai 2016)

Bermula dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Hari ini hari Isnin. Persekolahan telah pun bersambung semula dan ramai juga yang telah mulai bekerja setelah bercuti menyambut hari raya. Walaupun begitu, memandangkan mood berhari raya masih lagi terasa, maka kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf zahir dan batin.

Oh, tahniah juga buat pasukan bolasepak kebangsaan Peringgi (Portugal) yang telah memenangi kejohanan antarabangsa sulung mereka dan menjadi juara Eropah pada kali ini. Parabéns, Cristiano!


#kembalikepadafitrah
#janganlupapuasa6

http://duniabolasepak.blogspot.com/


No comments: